PASUKAN Kecemasan Respons Komputer Malaysia (MyCERT) mengeluarkan amaran penting berikutan laporan peningkatan serangan pancing data yang memanfaatkan kejadian CrowdStrike yang terkini.
Di laman webnya, MyCERT memberi amaran serangan ini menggunakan domain palsu, alamat protokol internet (IP) pemerintahan dan perisian jahat untuk merompak sistem dan mencuri maklumat sensitif.